Assalamualaikum semua..
Kali ni aku nak share tips untuk kebersihan di rumah iaitu tips-tips cuci rumah sempena nak raya. Tips ni aku dapat dari facebook @Fatin Farhana II and dia copy paste dari facebook @Kelab Deko Deko. Tapi ayat dan penggunaan perkataan tak la aku ambil 100% dari FB dorang. Sebab satu daripada tips ni aku pernah apply. So, ni tips dia :
Pertama, nak kilatkan lantai rumah korang sekilat-kilatnya. Ok, tips ni aku dah apply dekat rumah aku. First time aku buat masa seminggu puasa hari tu. Memang kilat woii lantai rumah. Kilat dia boleh jugak la tahan seminggu lebih. Apa yang perlu kita buat ialah mop lantai dengan cuka sedikit, campur dengan air panas and nak wangi sikit, letak la sedikit ajax fabuloso. Biar wangi lantai tu. Kalau tak nak letak pun tak apa. Tapi, nanti rumah korang bau cuka la.
Kedua, nak bagi habuk tak senang lekat dekat perabot. Emm, yang ni aku tak try lagi. But soon ok. Cara dia, lap perabot-perabot korang pakai softener pakaian dengan nisbah 1:10. Tak faham? Buat macam ni 1 penutup softener dengan 10 cawan air. Air putih tau. Bukan air oren.
Lastly, nak bagi rumah bau harum yang berpanjangan. Mix kan softener dengan cuka then spray la rumah korang. Buat macam pewangi jenama terkenal tu. Boleh spray dekat langsir dan sofa jenis fabrik. Bau wangi akan tahan lama. Dari korang beli jenama mahal-mahal tu, better buat sendiri. Save duit.
Ok, itu je tips untuk hari ni. Selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment