Followers

Tuesday, 7 June 2016

21 BENDA PERLU BAWA-PERGI TRAVEL

Assalamualikum.

Hai semua. Terlebih rajin pulak nak mengupdate blog nie. Ada terbaca dalam facebook benda-benda yang perlu di bawa masa nak travel. Maklumlah masa bujang macam ni la kita kena banyak travel. Nanti dah berkahwin tak boleh nak merasa. Melainkan kalau suami nanti kaki travel boleh la travel lagi skali. Hahaha.



Ok, cadangan asas dan umum nie aku dapat dari facebook @nota perempuan backpackers


21 BENDA PERLU BAWA-PERGI TRAVEL

1. Baju harian - 3 helai. Satu pakai. Satu basuh. Dobi banyak.

2. Jeans / Seluar - 2 helai. Satu helai boleh pakai untuk beberapa hari.

3. Baju tidur - 1 pasang. Kecuali kau jenis tidur macam buat fashion show.

4. Tudung* - Sama macam baju. Tukar tudung setiap hari. Jangan sampai dalam tren orang sebelah kau tutup hidung.

5. Jaket - Pelindung sejuk dalam kenderaan. Ikut kesesuaian cuaca atau suhu. Pengganti selimut.

6. Pakaian dalam - Ini pun nak kena ajar ke?

7. Tuala - Yang cepat serap air. Saiz kecil.

8. Pakaian solat - Kain pelikat. Telekung travel. Sejadah nipis. Apa-apa yang memudahkan untuk solat dalam bilik hotel / dorm.

9. Kasut - Yang tak mengkhianti kaki. Yang tapak rata. Kasut sukan / sneakers selalunya pilihan terbaik.

10. Stoking - Pakai dengan kasut. Ketebalan fabrik ikut suhu. Cari yang ada perlindungan terhadap bau kaki.

11. Toiletries - Yang paling penting berus gigi. Jangan kau buat pinjam orang punya.

12. Ubatan asas - Ubat di negara luar mungkin mahal. Bawa yang asas terutama minyak angin dan ubat ciri birit.

13. Makanan ringan - Biskut, supaya korang tak tantrum kalau makanan lambat sampai. Coklat untuk tenaga.

14. Kamera - DSLR? Compact? Smartphone? Ikut keperluan. Bawa yang tinggi MP. Alang-alang travel jauh biar balik gambar cantik.

15. Charger and Power Bank - ini talian hayat.

16. Universal adapter - Setakat bawa charger tapi tak boleh charge pun tak berguna juga.

17. Duit - Bawa tunai sikit. Aktifkan kad ATM untuk pengeluaran luar negara. Kad kredit sebagai backup.

18. Dokumen - Salinan pasport. Dokumen berkaitan tempahan-tempahan, tiket-tiket etc. Resit tukar wang.

19. Lain-lain - Kaca mata hitam, untuk lindungi mata daripada silau mentari / dingin angin / tidur dalam bas. Botol kosong, buat intinjak terutama kalau ke nagara bukan islam.

20. Pasport - Tak ada benda nie sia-sia je. (oversea travel)

21. Sabar - Bawa lebih.


Done.

Hope post ni dapat mambantu korang dan tuan blog ni skali. TQ.


1 comment:

  1. Perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih berkongsi boleh buat panduan.

    ReplyDelete