Assalamualaikum....
Pelik tengok tajuk entry?? Tenang semua. Itu hanya tajuk semata-mata. Orang kata, nak tarik pembaca baca kita punya entry, kita kena make sure tajuk dia nampak macam gempak. Okeh, saya tahu tajuk tak la gempak mana. Saja suka suki je letak tajuk macam tu. Padahal boleh je tulis caption 'Lawak Minggu Ini', ataupun just tulis 'Lawak'. Habis cerita. Lalala..
Entry nie sebenarnya just nak tulis cerita lawak yang memang dah biasa korang semua baca dekat internet mahupun majalah ataupun buku-buku hiburan. Lawak biasa sahaja. Jom kita rehatkan minda dan otak kita dengan mambaca bahan-bahan ringan nie.
********************
MASALAH KESIHATAN
Seorang wanita telah masuk ke bilik berjumpa seorang doktor untuk menerangkan penyakit yang dialaminya.
" Saya kerap kentut, tapi tak pula megeluarkan bau and bunyi yang kuat. Apa boleh saya buat doktor?"
" Nah, ambil ubat ni mengikut sukatan yang betul. Puan perlu datang semula berjumpa saya minggu hadapan."
Seminggu kemudian, wanita tersebut kembali berjumpa doktornya.
" Saya tak tahu apa kandungan pil yang telah diberikan tempoh hari. Masalah saya semakin parah! Saya kerap kentut tapi baunya sangat busuk. Apa telah doktor berikan ni?"
" Bertenang Puan. Nampaknya saya telah berjaya merawat penyakit hidung Puan. Selepas ini saya perlu merawat masalah pendengaran Puan pula!"
********************
PEMEGANG CAWAN
Pemanggil : Hello, Tech Support?
Tech Support : Ya. Ada apa yang boleh saya bantu?
Pemanggil : Pemegang cawan di bahagian komputer saya telah rosak dan masih dalam warranty. Bilakah komputer saya boleh dibetulkan?
Tech Support : Maafkan saya Encik. Adakah Encik menyebut pemegang cawan?
Pemanggil : Ya! Pemegang cawan yang melekat di komputer saya ni.
Tech Support : Maafkan saya sekali lagi. Adakah Encik menerima pemegang cawan ni semasa promosi? Bagaimana Encik boleh menerima pemegang cawan ni dan apakah yang tertulis di atasnya?
Pemanggil : Ia datang sekali dengan komputer saya dan ada tulis '4X' di atasnya.
Pekerja tadi diam sejenak. Rupa2nya pemanggil tadi menggunakan tempat letak CD ROM sebagai tempat letak cawan. Kuangajar.
********************
GAJAH MATI
Seorang pengurus sebuah zoo mendapat panggilan telefon tentang kematian seekor gajah di zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.
Pengurus : Sebagai penjaga gajah ini, saya faham kesedihan yang kamu tanggung, apatah lagi apabila haiwan yang kita bela dah mati.
Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini tuan. Tapi, sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.
********************
Sekian untuk lawak minggu ini. Haha. Sebenarnya, malas nak menaip lagi dah. Al-maklumlah saya amik cerita lawak nie bukan dekat internet, copy paste macam tu. Kebetulan saya ada belek2 majalah lama yang ada cerita lawak santai, tu yang tangan macam tergerak nak menaip tu. Exercise jari. Bolehlah nampak runcing sikit jari jemari ku ini. Hope korang boleh lah release stress korang meghadap assignment bila baca entry nie. Okeh, bye....
No comments:
Post a Comment