Followers

Friday, 6 June 2014

Liven Up Your Blog

Assalamualaikum...



Rasa macam lama tak mengupdate blog nie. Di biarkan sepi tanpa cerita mahupun iklan2 utk promosi barang. Bukan sengaja tak mahu menulis. Nak kata tak ada masa bohong sangat. Secara jujur banyak sangat masa yg saya ada. Tak ada cerita? Jujur saya katakan banyak cerita yg mahu saya ceritakan. Cumanya bila menulis blog, masa tu lah dilema mahu cerita yg mana satu dahulu. Saya bukanlah penulis blog yg bersahaja ketika menulis. Bukan juga seorang yg merangka dahulu sebelum menulis. Jadi, bila saya stuck ketika menulis saya akan biarkan dan akhirnya jadilah draft sampai berbulan-bulan *sigh*. Tapi apa yg boleh saya katakan,saya akan menulis dgn baik bila saya rasa stress. Sebab tempat nie je lah tempat nak luah stress. Eh,saya tak akan tulis apa sebab saya stress. Sebab tak perlu kot nak cerita masalah and let people know your problem. Tak sesuai you cerita dekat sini. Peace.

(perenggan atas nie lama kowt simpan kat draft. nak sebulan lebih kowt terperap kat sana. la nie baru saya nak publish. yg bawah nie baru ada idea saya nak tulis apa. biar kan merapu, sebab nie umpama diari bagi saya. wekkk..)

Emmm..... kan saya dah cakap awal-awal tadi. Bila buka je blog and konon nak menulis mesti otak beku. Tiba-tiba macam tak tahu nak tulis apa. Bila dah stuck mulalah malas nak tulis. Bila malas nak tulis mula lah di biar sepi jadi draft forever. Owh, sebelum tu, entry saya sebelum nie saya ada buat pasal lagu. Bukan saya buat, cuma saya gigihkan menaip lirik lagu Tahu dari Fynn Jamal. Siapa tak tahu kokping nie sila google okeh. Dan lagi satu saya tak copy paste, saya taip sendiri. Buka youtube dekat phone pause kan and salin lah lirik kat youtube tu. Tapi tu dikira plagirism kan? Arghh lantaklah. Yang penting saya nak pembaca (ada ke) hayati bait-bait lirik dia. Semua lagu yg kokping buat semua macam ada cerita, macam hidup. Ya, lagu dia ada jiwa. Dinyanyikan dengan penuh jiwa. Terima kasih la pada yg mengupload dalam youtube tu. Jasamu sangat-sangat di kenang. 

Tahu lagu nie pown sebab masa duk duduk tengok cerita akasia dekat TV3 tu, tiba-tiba suara minah nie macam kenal la. Apa lagi tunggu lah sampai cerita nie habis and nak tengok siapa yg nyanyi lagu tu. Rupanya kokping. Patutlah macam pernah ku dengar suara itu. Suara serak-serak and lain dari yg lain. Hopefully lepas nie lagu nie tercalon jugak lah dalam Muzik-Muzik. Sedap owhhh. Dengar banyak kali makin jatuh cinta. Macam lagu Arjuna Beta tu. Terus lekat. 

Hai kokping, saya peminat akak tau. Tapi saya juga minat dekat Juna. Peminat tegar dia. Malam-malam sanggup scroll ig akak atau bongtri untuk stalk Juna. Haha. Owh btw, time entry nie ditulis kokping sefamily ada kat Malaysia. Tengah bercuti. Dekat sana tengah cuti sekolah. Nampak tak stalker tengah melaporkan. Maaf kokping. Walaupun saya selalu skodeng ig akak, tapi saya tak pernah komen jahat-jahat. Paling teruk pown saya komen Juna jangan comel sangat. Teruk ke tu kak? Apa-apa pun, semua nie terima kasih la dekat teknologi sekarang nie. Terima kasih la siapa yang cipta Instagram tu. And welcome home akak.

Okeh la, tak tahu nak tulis apa lagi. Kalau merapu orang menyampah pulak nak baca kan. So, kita stop dululah. Ada masa, ada jodoh nanti ada lah entry baru. Bye..!!!

p/s: tajuk tak ada kaitan dengan content entry. sebabnya tak tahu nak tulis apa untuk tajuk. itu pun sebab rasa tulisan dekat gambar tu macam cool je kalau buat untuk tajuk blog. manalah tahu siapa-siapa yg bertuah taip tajuk tu, tup tup blog aku naik. hehe.*perasan terlebih*

No comments:

Post a Comment