Followers

Wednesday, 22 June 2016

Tips Cuci Rumah Biar Bersih

Assalamualaikum semua..

Kali ni aku nak share tips untuk kebersihan di rumah iaitu tips-tips cuci rumah sempena nak raya. Tips ni aku dapat dari facebook @Fatin Farhana II and dia copy paste dari facebook @Kelab Deko Deko. Tapi ayat dan penggunaan perkataan tak la aku ambil 100% dari FB dorang.  Sebab satu daripada tips ni aku pernah apply. So, ni tips dia :

Pertama, nak kilatkan lantai rumah korang sekilat-kilatnya. Ok, tips ni aku dah apply dekat rumah aku. First time aku buat masa seminggu puasa hari tu. Memang kilat woii lantai rumah. Kilat dia boleh jugak la tahan seminggu lebih. Apa yang perlu kita buat ialah mop lantai dengan cuka sedikit, campur dengan air panas and nak wangi sikit, letak la sedikit ajax fabuloso. Biar wangi lantai tu. Kalau tak nak letak pun tak apa. Tapi, nanti rumah korang bau cuka la.

Kedua, nak bagi habuk tak senang lekat dekat perabot. Emm, yang ni aku tak try lagi. But soon ok. Cara dia, lap perabot-perabot korang pakai softener pakaian dengan nisbah 1:10. Tak faham? Buat macam ni 1 penutup softener dengan 10 cawan air. Air putih tau. Bukan air oren.

Lastly, nak bagi rumah bau harum yang berpanjangan. Mix kan softener dengan cuka then spray la rumah korang. Buat macam pewangi jenama terkenal tu. Boleh spray dekat langsir dan sofa jenis fabrik. Bau wangi akan tahan lama. Dari korang beli jenama mahal-mahal tu, better buat sendiri. Save duit.

Ok, itu je tips untuk hari ni. Selamat mencuba.....

Tuesday, 14 June 2016

TIPS TRAVEL DENGAN KAWAN

Assalamualikum.

Sebelum ni aku ada post entry pasal benda-benda perlu di bawa ketika travel. Kali ni aku nak share pulak tips travel dengan kawan.



Tips ni aku dapat dari facebook @backpackerz by @KakiTravels_

Selain itu, entry ni juga untuk aku ingat balik ciri-ciri kawan yang aku pergi travel bersama. You know who you are eventhough tak ramai kawan-kawan  aku tahu aku ada blog.

Ok, let's do it


TIPS TRAVEL DENGAN KAWAN


1. Kawan yang banyak songeh wajib tinggalkan.

2. Kawan yang bawa beg macam nak pindah rumah pun patut dielakkan.

3. Kawan yang suka pot pet elok bawa. Dorang ni selalunya pemeriah suasana. Tak cepat sentap dan paling kita rindu bila dia tak ada.

4. Kawan yang gila-gila pun elok jadi geng travel. Dorang ni selalunya tak malu kalau nak bertanya, nak lead tempat-tempat baru. Berani la senang cerita.

5. Kawan yang pandai manage duit. Dorang ni wajib ada. Kot la korang bawa RM300, tapi nafsu RM600. Mengemis la jawabnya.

6. Share segala kos. Baru dapat jimat. Nak lagi hardcore, share katil single or makanan.

7. Kawan kuat makan ni janganlah korang tinggalkan pulak. Tipulah kalau korang tak seronok tengok ada kawan yang berselera makan, kan?

Tuesday, 7 June 2016

21 BENDA PERLU BAWA-PERGI TRAVEL

Assalamualikum.

Hai semua. Terlebih rajin pulak nak mengupdate blog nie. Ada terbaca dalam facebook benda-benda yang perlu di bawa masa nak travel. Maklumlah masa bujang macam ni la kita kena banyak travel. Nanti dah berkahwin tak boleh nak merasa. Melainkan kalau suami nanti kaki travel boleh la travel lagi skali. Hahaha.



Ok, cadangan asas dan umum nie aku dapat dari facebook @nota perempuan backpackers


21 BENDA PERLU BAWA-PERGI TRAVEL

1. Baju harian - 3 helai. Satu pakai. Satu basuh. Dobi banyak.

2. Jeans / Seluar - 2 helai. Satu helai boleh pakai untuk beberapa hari.

3. Baju tidur - 1 pasang. Kecuali kau jenis tidur macam buat fashion show.

4. Tudung* - Sama macam baju. Tukar tudung setiap hari. Jangan sampai dalam tren orang sebelah kau tutup hidung.

5. Jaket - Pelindung sejuk dalam kenderaan. Ikut kesesuaian cuaca atau suhu. Pengganti selimut.

6. Pakaian dalam - Ini pun nak kena ajar ke?

7. Tuala - Yang cepat serap air. Saiz kecil.

8. Pakaian solat - Kain pelikat. Telekung travel. Sejadah nipis. Apa-apa yang memudahkan untuk solat dalam bilik hotel / dorm.

9. Kasut - Yang tak mengkhianti kaki. Yang tapak rata. Kasut sukan / sneakers selalunya pilihan terbaik.

10. Stoking - Pakai dengan kasut. Ketebalan fabrik ikut suhu. Cari yang ada perlindungan terhadap bau kaki.

11. Toiletries - Yang paling penting berus gigi. Jangan kau buat pinjam orang punya.

12. Ubatan asas - Ubat di negara luar mungkin mahal. Bawa yang asas terutama minyak angin dan ubat ciri birit.

13. Makanan ringan - Biskut, supaya korang tak tantrum kalau makanan lambat sampai. Coklat untuk tenaga.

14. Kamera - DSLR? Compact? Smartphone? Ikut keperluan. Bawa yang tinggi MP. Alang-alang travel jauh biar balik gambar cantik.

15. Charger and Power Bank - ini talian hayat.

16. Universal adapter - Setakat bawa charger tapi tak boleh charge pun tak berguna juga.

17. Duit - Bawa tunai sikit. Aktifkan kad ATM untuk pengeluaran luar negara. Kad kredit sebagai backup.

18. Dokumen - Salinan pasport. Dokumen berkaitan tempahan-tempahan, tiket-tiket etc. Resit tukar wang.

19. Lain-lain - Kaca mata hitam, untuk lindungi mata daripada silau mentari / dingin angin / tidur dalam bas. Botol kosong, buat intinjak terutama kalau ke nagara bukan islam.

20. Pasport - Tak ada benda nie sia-sia je. (oversea travel)

21. Sabar - Bawa lebih.


Done.

Hope post ni dapat mambantu korang dan tuan blog ni skali. TQ.


Monday, 6 June 2016

Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah

Assalamualaikum.

Pejam celik dah masuk bulan Ramadhan. Alhamdullilah. Masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan ramadhan kali ini.

Sebab ramadhan sekali dalam setahun, aku nak share cara ringkas untuk solat terawih di rumah. Kebiasaan kalau kita tak sempat nak ke masjid boleh lah kita buat di rumah sahaja. Lagi satu sebagai panduan untuk aku kalau terlupa. So, nanti belek-belek je lah blog nie.



Panduan ini khas untuk wanita yang memilih untuk solat di rumah kerana kekangan yang tak dapat nak dielakkan.

*kebiasaan kita di Malaysia melakukan 8 rakaat (2 rakaat 1 salam) diikuti 3 rakaat witir (2 rakaat 1 salam, 1 rakaat 1 salam)

1. Niat

''Sahaja aku solat terawih dua rakaat kerana Allah taala''

2. Membaca Al-Fatihah

Merupakan perkara wajib. Kemudian boleh memilih mana-mana surah pendek mahu pun panjang mahu pun dibaca berulang-ulang.

3. Setiap 2 rakaat di sudahi dengan salam

4. Bacaan di luan solat seperti selawat dan doa adalah tidak wajib. Tiada larangan jika nak buat dan tidak menjejaskan solat terawih jika ditinggalkan.

5. Selepas selesai terawih bolehlah dilakukan solat sunat witir. Dimulakan dengan 2 rakaat 1 salam, kemudian 1 rakaat 1 salam


Solat terawih hanya ada dalam bulan ramadhan. Jika tak mampu baut di masjid buatlah di rumah. Jangan lepaskan peluang keemasan!


Sumber dari facebook @Mrs.Mama Zone


Sunday, 5 June 2016

PROKAS COD SHAH ALAM

Assalamualaikum.

Sakit lutut ada sendi selalu dikaitkan dengan golongan yang lebih tua atau kita panggil senior citizen. Tapi tahu tak korang, kadang-kadang golongan muda atau yang belia remaja ni pun ada je yang alami sakit ni. Ia boleh berlaku disebabkan kemalangan atau serangan penyakit.

Punca Sakit Lutut

1. Berat badan berlebihan

Masalah berat badan berlebihan memang amat merungsingkan dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit especially sakit lutut sebab lutut dan sendi terpaksa menampung berat yang berlebihan sehingga merosakkannya. Oleh itu, bagi yang mempunyai masalah berat badan, haruslah berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal.

2. Kemalangan, kecederaan atau hentakan

Apabila berlakunya kemalangan, kecederaan mahupun hentakan, ia akan menyebabkan serpihan tulang (bone chips). Serpihan yang tidak dikeluarkan akan tersimpan dalam runagan sendi dan menyebabkan bengkak serta kesakitan.

3. Terlalu aktif

Kalau korang terlalu aktif terutamanya golongan atlet, kemungkinan besar mereka akan mengalami Bursitis iaitu keadaan di mana selaput mengandungi lendir pelincir menjadi bengkak lalu menyebabkan kesakitan.

4. Usia

Semakin berusia, kolagen dan sendi semakin berkurangan dan menyebabkan berlakunya geseran dan radang setiap kali bergerak.


*****


Kalau korang ada mengalami kesakitan sendi mahupun lutut diseababkan punca-punca di atas, saya cadangkan korang untuk ambil produk yang dinamakan PRO KAS. Produk ni sangat bagus untuk merawat sakit sendi dan lutut.


*****

Kenapa kena guna PRO KAS?


Meh cek nak mai sat.





Sengal Sendi

Anggota badan yang kerap lenguh, kebas dan terasa sengal-sengal bahu, leher atau di mana-mana sendi dapat diselesaikan dengan PROKAS.

Sakit Lutut

Tidak dapat berdiri lama, susah untuk berjalan, solat dan jalankan apa jua aktiviti harian. Mai kita guna PROKAS.

Tulang

Pergerakan anda terbatas kerana masalah dalaman yang berkaitan dengan tulang dapat diselesaikan dengan PROKAS.

Kesegaran

Terasa lemah, lesu dan tidak bermaya? Dapatkan kembali kesegaran anda dengan menggunakan produk PROKAS.


******

Korang nak tahu tak? Yang best nya PROKAS ni dihasilkan dengan bahan-bahan semulajadi. Jadi, korang tak perlu rasa sagu-ragu nak gunakan produk ini.


Bahan-bahan yang terkandung dalam PROKAS:

Aloe Vera

Antioksidan, antibiotik yang berkerja sebagai simulator pertumbuhan sel dan membaiki bekas luka dan sifat inhibitor nyeri.

Soya

Mengandungi 50% protein bagi setiap 100g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.

Vitamin & Mineral

Kaya vitamin dan mineral seperti kalsium, sodium, besi, kalium, mangan, seng, asam folat, pelbagai jenis vitamin, asam amino.

Delima

Mengandungi vitamin C sebagai penurun risiko arthirtis dan ianya baik untuk tulang.

DMSO

Pembawa bahan-bahan PROKAS masuk ke dalam anggota badan dengan menggunakan teknologi nano dengan membetulkan DNA tanpa perlu melakukan pembedahan.

Menthol

Mempunyai anestetik tempatan dan kualiti counterirritant, dan ia digunakan secara meluas untuk melegakan sakit otot.

*****

Macam mana nak guna PROKAS ini?

Senang sahaja. Hanya perlu disapu di kawasan yang mengalami masalah dan kesakitan sahaja.

*****



Berminat boleh whatsapp

018-3215684
COD AREA SHAH ALAM SAHAJA


First Entry for 2016

Assalamualaikum...

My first entry since 2014... Hye uollssss...

Mak aii lama nya aku tak mengupdate blog nie. Last update tahun 2014. Hari tu bukan dah janji ke nak rajin kan diri mengupdate blog nie? Sighh -_-''. Pagi-pagi buta nie terupdate blog yang dah bersarang nie sebab gigih ingat balik password and email blog nie. Fuhh setelah berperang akhirnya ingat juga aku password and email nie. Kalau tidak bersarang semut la wahai blog ku ini. Maaf kan aku wahai cik blog.

Tu je kot dulu.

Tak ada idea nak tulis apa lagi.

Byeeeee......