Kalau tengok tajuk tu mesti korang boleh agak apa yang akan saya tulis kali nie. Kalau nak ikutkan penggemar tu memang saya seorang pengemar kpop. Penggemar yg tegar boleh saya describe dekat diri saya. Kalau zaman belasan tahun exactly lepas SPM, saya lebih meminati lagu2 kpop (ye ke). Tapi bila difikirkan balik, saya suka korea nie masa drama korea Winter Sonata mula-mula masuk dekat Malaysia. Tapi time tu saya tak layan sangat sebab citer nie tayang waktu maghrib. Dan kebetulan time tu kene mengaji. So semua rancangan tv kene tutup. Al-maklumlah zaman kanak-kanak kan. Jadi Winter Sonata saya tak berapa nak layan sangat. Saya mula layan drama korea Auntummn In My Heart. Itu pun sikit-sikit sebab faktor yg tadi *sigh*.
Tapi seingat saya, Full House lah yg membuatkan saya gila dengan drama-drama dari sana. Time tu sanggup beli CD dia. That time, CD cerita-cerita korea nie agak mahal berbanding sekarang (DVD lagilah). Dan itu lah satu-satu nya drama yg saya beli guna duit sendiri. Nak mintak parents seratus ringgit gedebuk macam tu mamang ketar lutut la. Simpan sikit-sikit, akhirnya dapat pun beli. Masa bayar dekat cashier tu mamang sedih la. Korang bayangkan duit banyak tu boleh beli macam-macam. Sebab nafsu punya pasal,pejam mata je la.
Itu cerita dulu, sekarang nie macam-macam cara boleh dapatkan source drama mahupun variety show dari korea. Tak payah keluar kan duit pun. Nak layan sampai pukul 3 pagi pun no hal (kepala memang ting tong). Everything thanks to internet. Cepat dan sangat menyenangkan hidup manusia. Hehe.
Nie antara list drama yang saya pernah saya suka dan antara favourite la. Hope korang lepas nie kalau rajin layan la cerita nie.
Doctor Stranger (on going)
You are Surrounded (on going)
God Gift 14 Days
I Hear Your Voice
You Who Comes From The Star
The Moon That Embraces The Sun
Dream High (original better than season 2)
Gu Family Book
Innocent Man
The Lawyer (pernah tengok dekat tv, tapi dekat internet tak ada)
Reply 1997
Sungkyunkwan Scandal
My Lovely Samsoon
Full House
Sebenarnya banyak lagi. Sebab terlalu banyak sampai kan tak ingat apa tajuk cerita dia. Masa dulu-dulu kalau cerita tu macam ala-ala cerita lama macam tak best je. Tapi sebenarnya cerita yg berlatar belakangkan lama tu la yg kadang-kadang best. Kalau lah cerita korea nie di jadikan silabus dekat sekolah, confirm dapat A++ subjek nie. Huhuhu...
Korang peminat drama-drama korea x??
Doctor stranger best..suka dgn dr park..
ReplyDeleteCerita korea mula2 tgk full house..rain berlakon mmg jadi..and pompuan tu,clumssy gila..
ReplyDelete