Kali nie just nak share pendapat je. Kalau tgk tajuk mesti boleh agak apa content yg saya nak tulis kan. Walaupun saya nie bukanlah seorang yg profesional dalam bab2 filem/drama nie, tapi sebagai seorang penonton kadang2 kita boleh judge sendiri kowt cerita tu best ke tidak.
Owh, mmg sengaja tak nak compare kan dgn cerita melayu sebab sebelum nie saya ada juga bandingkan filem/drama melayu dgn orang putih punya cerita. <BACA NIE OKEH>
Apa yg saya boleh conclude filem mahupun drama dari negara sakura dan kpop nie ialah:
1. Friendship
Kalau kita tgk drama2 dari jepun,kebanyakkan cerita dorang akan pentingkan persahabatan. Agak jaranglah dorang buat cerita yg jenis direct bercinta. Kadang2 dah nak ending pown tak nampak bayang yg hero dan heroin bercinta *sigh*. Berbeza dgn drama korea. Percintaan dorang sangat kuat. Kadang kita dah boleh agak yg hero heroin nie akan bercinta. Kalau genre komedi romantik boleh la tau yg ending dia happy ending, tapi kalau genre yg romantik dan ala2 tragedi oktober tu ada dua kemungkinan, sama ada happy ending tak pun salah seorang mati. Itu yg pasti.
2. Third party
Saya akui, drama2 korea kalau tak ada orang ketiga memang tak sah. So, kalau korang perasan poster cerita dorang mesti ada 4 orang watak utama. Itu kemestian dalam cerita korea. Tapi kalau cerita jepun, orang ketiga nie memang jarang jumpalah. Ada, tapi tak se 'extreme' cerita korea la. Dia banyak fokus pada hero atau heroin.
3. No of episode
Berbanding dgn korea, drama2 jepun agak sikit bilangan episode nya. So, tak lah rasa terbeban kalau kita nak follow cerita tu. Tgk2 dah abis. Tak ada lah buang masa tunggu sampai berbulan baru habis. Oh ye, kita janganlah compare dgn drama dari indonesia dan filipina. Mereka adalah juara.
4. Storyline
Storyline atau jalan cerita drama korea pada pendapat saya agak complex berbanding jepun yg sangat santai *kadang2*. Kalau kita tgk drama2 jepun, setiap satu episode jalan cerita lain2. Tapi dalam drama korea kita kena tuggu minggu depan baru tahu sambungan dia apa *kalau tgk tv*. Dah la dia buat kita suspend. But, if we decide to watch dekat internet, kita akan rasa ketagih kalau kita tak dpt tgk sambungan drama tu. Tu yg kadang2 terlajak sampai pukul 3 pagi. Ini sangat2 amalan yg xsihat.
5. Heroin
Jepun gila. Ini bukan kritikan tapi realiti. Ya, memang heroin drama jepun semua macam xbetul. Perangai dorang agak kegila-gilaan. Kadang2 x feminin langsung. Macam mana ye nak describe? Korang tengok lah sendiri macam cerita 'Mop Girl', 'Gokusen', 'Nodame Cantabile' dan banyak lagi lah.
Dalam setiap episode cerita jepun, selalunya dia akan letak pengajaran. Tak kisah la cerita sesengal mana pun, tetapi pengajaran mesti ada. Compare than cerita korea, pengajaran kita akan dapat masa last episode nanti. Tu yang kita x boleh miss satu episode pown. Sebab kalau ter 'miss', kemungkinan kita x faham jalan cerita agak tinggi. Walaupun kita boleh assume apa yg akan terjadi, kita kena ingat, penulis skrip dorang nie akan ikut apa kata penonton. Kalau tiba-tiba watak tu mati dan penonton marah, chances untuk dapat rating rendah agak tinggi. Lagi satu, cerita jepun setiap episode kan lain-lain, tu yg pengajaran dia pun lain-lain. *please refer point no 4*
Itu je lah setakat nie. Kalau ada apa-apa penambahan nanti akan di update. Kalau ada rasa nak tambah boleh lah drop dekat comment nie. To all my silence reader, thanks sebab sudi baca and sometimes drop comments here. You are so daebak!!!
Entry nie bukan berat sebelah ye. Saya suka dua-dua. Jepun dan Korea.
Suka dua2..xkisah la dr korea or jepun..
ReplyDelete