Pejam celik pejam celik, aik da nak masuk tahun baru da. Rasanya macam sekejap je 2013. Tuptup dah nak masuk tahun 2014. Masuk tahun baru maknanya umur kita makin meningkat lah. Pertambahan satu tahun. Tapi jangan risau, walaupun umur makin meningkat, tapi rasa diri still remaja. Hehehe... Awet muda gitu. Bukan apa, tengok budak-budak sekarang yang membuatkan rasa diri nie macam remaja. Kenapa cakap macam tu?? Sebab most of budak sekolah yang saya jumpa kebanyakkan nyer mereka macam sangat matured. Kadang2 macam mereka nie bukan budak sekolah, macam dewasa sahaja. Peace!!
Selalu kalau masuk tahun baru je mesti kita kaitkan dengan azam. Bukan Azam anak Pak Dollah kampung sebelah okeh. Ini Azam yang orang akan buat masa awal-awal tahun sahaja atau dengan bahasa kasar nya azam yang akan bertahan sebulan dua. Lepas tu bila orang tanya apa jadi dengan azam kita, 'Arghh, tahun depan ada lagi...'.
Secara jujurnya saya pun tergolong dalam golongan itu. Dan saya berjanji pada diri saya yang saya tak nak buat azam untuk tahun nie. Walaupun entry nie macam agak merapu, tapi saya tak kisah sebab ini kan blog saya. Betul tak. Hak menulis adalah hak peribadi, tambahan pula dekat blog sendiri.
Otak dah jem tak tahu nak tulis apa lagi. Just nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Welcome 2014. Semoga tahun 2014 memberikan segala kenangan manis. Insyaallah.
pemilihan gambar yang tak seberapa nie atas ehsan en google. terima kasih en google sebab banyak tolong selesaikan masalah saya sepanjang tahun 2013. dari hal remeh ke hal yang serius. |
p/s: kalau saya buat giveaway, ada ke orang nak join???