Makanan bukan sahaja membantu melewatkan penuaan, bahkan boleh juga mempercepatkannya. Belum tentu makanan kegemaran anda berguna pada kecantikan. Berikut senarai empat makanan yang jika diambil berlebihan, akan membuatkan anda tua sebelum waktunya.
1. GARAM
- Jika anda mengambil garam lebih dari yang disarankan oleh American Heart Association iaitu 1500mg sodium sehari, ia bakal membawa kepada tekanan darah tinggi. Secara tidak langsung, ia boleh melemahkan kulit dengan cara menyerang kolagen. Bahkan garam turut menyebabkan bengkak di bawah mata.
2. GULA
- Pakar kulit Doris J. Day, MD dan juga pengarang Forget the Facelift memberitahu gula boleh menambahkan laluan insulin. Ini akan memberi kesan pada salur darah dan mempercepatkan proses penuaan. Jika anda mengurangkan kuantiti gula, anda boleh lihat kesannya dalam seminggu. Kulit akan terlihat lebih segar dan berseri.
3. KOPI
- Kopi bukan hanya meninggalkan kesan pada gigi bahkan juga mengeringkan tubuh. Kulit akan terlihat lebih kering dan keremajaan anda seakan-akan pudar. Selain itu, kedutan di sekeliling mata jelas ketara apabila tubuh tidak dihidrasi dengan sempurna. Jika anda belum boleh menghilangkan ketagihan kafein, beralihlah pada teh hijau. Ia adalah antioksidan terunggul dan tidak mengeringkan.
4. MAKANAN PEDAS
- Makanan pedas memang terbaik untuk metabolisme tubuh namun tidak baik bagi kulit sesetengah orang. Makanan ini boleh mengembangkan salur darah terutama bagi orang yang cenderung mengalami rosacea atau yang sedang mengalami menopaus. Kapilari inilah yang membuatkan kulit kelihatan tua dan tidak menawan.
Sumber : Majalah RAPI, 15 September 2013
No comments:
Post a Comment