Followers

Friday, 29 November 2013

KENANGAN BELAKANG

Assalamualaikum...

Just wanna share that now i am officially graduate from UiTM. Wah pejam celik dah dua tahun rupanya berhempas pulas untuk mendapatkan segulung ijazah nie. Kalau dulu masa diploma (rindu geng2 diploma) lagilah rasa nak menangis bila dah final semester. Mana tak sedihnya, tiga tahun pusing keliling kampus jumpa orang yg sama. Rutin harian yg sama, pergi kelas sama-sama. Stalker orang yg sama (eh, tiba-tiba) Oh how i miss the old memory (menaip sambil ingat kenangan dekat uitm kampus jengka).

Compared than diploma, degree life are really2 tough. Believe me, once you dah masuk alam degree, kalau you tak pandai nak manage masa, you akan rasa yg 24 hours are not enough. Dengan assignment dapat segedebuk dari lecturer, bukan satu but most of lecturer akan bagi at the same time. Rasa macam dunia nie macam dah terbalik. Dan dan time tu gak la friendship macam badas gila (mostly part5 yg gila). Siap kene pulau dengan member group kowt. Time tu rasa macam sucks sangat. Bukan nak blame my member group, maybe that time saya yg salah dan masalah nyer dorang tak nak bagi tahu apa masalah saya that time. Memang minggu tu rasa lonely gila kowt. Nasib seminggu je. Tapi seminggu tu macam apa entah. Fuhhh memang mencabar keimanan diri lah time tu. Dengan nak kena arrange event lah, trip bagai, nak kene carik sponsored la, itu la, ini la. Memang tak cukup udara la nak buat semua tu. Tapi once korang dah lalui semua nie, korang akan rindu moment masa belajar. Kira nya berbaloi la usaha korang untuk dapatkan segulung ijazah kan. Sekurang-kurangnya, korang dapat melihat senyuman mak ayah korang bangga bila korang berdiri dekat atas pentas and ambil your transcript.

Entry kali nie nak cerita serba sedikit pasal pre-convo la konon nya. Al-maklumlah, sidang kami sidang petang. Jadi memang confirm lah kami tak sempat nak snap2 gambar lepas habis konvo. Jadi saya and my classmate and at the same time my roomate and also my housemate decide utk amik gambar pre-convo during hari amik jubah. So nanti bila abis konvo tu kalau tak sempat amik gambar, tak adalah terkilan sangat sebab dah ada gambar pre nie kan? Hehe.

Jom layan konon gambar ala2 pre-convo nie


So, meet my ex-girlfriends. Kawan sama-sama susah senang bersekang mata siapkan assignment yg bertinkek-tingkek. Kerja yg tak pernah abis. Kawan yg wajib sama-sama sepahkan rumah tiap malam Isnin sebab esok nyer nak kena berniaga dekat depan MyDin. Haha. Rasa nak sumpah2 je sebab penat giler kowt. Kawan yg macam2 idea nak tipu polis biar polis bagi kita orang masuk parking kete kat fac (tapi hari Selasa je la, hari lain kami baik). 


Siapa kata kami sopan? Owh kami sopan luaran sahaja especially bila dekat public. Tapi kalau kami2 je berkumpul, hilang ciri2 perempuan melayu terakhir. Nak cerita ke? Tak payah la. Biar mereka yg ada dalam gambar ini sahaja faham apa ketidak sopanan kami. Hehe. Girl's, don't you remember our nickname dalam rumah? Especially akak yg tudung pink tu. Your nickname was really super2 daebak. 

 

Jangan ingat dengan berkaki ayam je orang tak tahu kau pakai selipar. Haha. Such a messy girls in a group but paling rasional bila group ada masalah. Bab kira duit bagi dia, dia akan selesaikan. Kalau nak bina ayat2 untuk assignment yg super mantap, bagi dekat dia. Brilliant gila otak. DATC gambar terakhir sebelum masing2 bawak haluan hidup masing2. 

Nampak tak jalan tu macam lembab? Penantian nak amik gambar pre-convo sangat, sanggup kami tunggu hujan berhenti. Eh, bukan kita orang je tapi ramai sebenarnya macam kita orang. Betul tak? Abang yg baca tu macam tersengih je. Kakak sebelah tu pon sama kan. Owh, rupanya kita serupa. *nyanyi sikit*



jejai, nad, ida, gha, aimi, yana and eiki, gambar korang ada kat blog aku la. lepas nie bila type my name or 'cakap dengan jari' tgk dekat image confirm ada gambar korang. bangga tak. hahaha..


p/s: tajuk entry nie mmg main letak je sebab selalu problem mesti tak tahu nak letak tajuk apa. jadi kalau rasa ada yg tak puas hati, jangan segan silu, comment je. peace yo!!

2 comments:

  1. Nice.. Tahniah for graduating! All the best in your future undertakings.. ^_^

    ReplyDelete
  2. tahniah for G-Day..

    ReplyDelete