Followers

Wednesday, 27 August 2014

Mini Reunion

Assalamualaikum wbt...Haii...!!!

Dulu masa tengah sekolah selalu cakap dekat diri sendiri nanti bila dah habis sekolah mesti selalu boleh jumpa dengan kawan-kawan. Macam kita jumpa hari-hari dekat sekolah. Tapi selalu apa yang kita expect mesti tak sama denga realiti. Kenapa? Sebab bila korang dah habis sekolah lah masa nak spent time dengan kawan-kawan makin sikit.

Cuba korang bayang kan once korang dah habis sekolah and dapat pulak tawaran ke universiti, matrik, politeknik or ada setengah yang ambil keputusan nak kerja, tempat pula masing-masing jauh. Ada yang dekat utara, selatan, timur dan barat. Kalau nak jumpa pun kadang bila cuti panjang. Kalau balik minggu pun, tak semua kawan korang balik sama. So, dekat situ bermulalah jarang berjumpa. Kadang-kadang tu berjumpa pun masa raya. Itu pun kalau sempat. But, most time kalau cuti raya pun tak kan sempat. Ia lah beberapa hari cuti beraya dengan family spent time dengan dorang and baki kadang-kadang sibuk kene packing barang nak balik asrama balik sebab tiket bas dah beli.

Okeh, itu cerita masa duk sibuk zaman belajar. Walaupun berjauhan tapi stil contact jugak kawan-kawan sekola. Tapi tak semua. Kawan-kawan yang agak rapat (you know who you are). Dan alhamdulillah persahabatan almost nak ten years still terjalin. Hopefully sampai kita tua kerepot lah terjalin nya. Aminnn.

Asal cerita pasal nie eh? Well sebab baru-baru nie dapat lah jugak buat mini reunion dengan kawan-kawan sekolah. Itu pun sebab ada wedding. Kalau tak, tak ada maknanya dapat berjumpa macam ni. Kiranya ini semua adalah satu kebetulan.

Please excuse the 'kain' yang menghalang panorama kami. Huhuhu.

Tengok nie pun tak semua yang dapat datang. That's why I call it 'mini reunion'. Sampai mak cik sebelah table perli kita orang 'Tak panas ke dik oii amik gambar' dengan sinis sekali. Amboi mak cik, bagi la chance kat kami. Bukan nya selalu dapat jumpa. Ini pun dah macam satu keajaiban tau.

Next entry, in syaa allah akan ku update pasal my bff wedding pulak.


No comments:

Post a Comment