Followers

Wednesday, 27 August 2014

Mini Reunion

Assalamualaikum wbt...Haii...!!!

Dulu masa tengah sekolah selalu cakap dekat diri sendiri nanti bila dah habis sekolah mesti selalu boleh jumpa dengan kawan-kawan. Macam kita jumpa hari-hari dekat sekolah. Tapi selalu apa yang kita expect mesti tak sama denga realiti. Kenapa? Sebab bila korang dah habis sekolah lah masa nak spent time dengan kawan-kawan makin sikit.

Cuba korang bayang kan once korang dah habis sekolah and dapat pulak tawaran ke universiti, matrik, politeknik or ada setengah yang ambil keputusan nak kerja, tempat pula masing-masing jauh. Ada yang dekat utara, selatan, timur dan barat. Kalau nak jumpa pun kadang bila cuti panjang. Kalau balik minggu pun, tak semua kawan korang balik sama. So, dekat situ bermulalah jarang berjumpa. Kadang-kadang tu berjumpa pun masa raya. Itu pun kalau sempat. But, most time kalau cuti raya pun tak kan sempat. Ia lah beberapa hari cuti beraya dengan family spent time dengan dorang and baki kadang-kadang sibuk kene packing barang nak balik asrama balik sebab tiket bas dah beli.

Okeh, itu cerita masa duk sibuk zaman belajar. Walaupun berjauhan tapi stil contact jugak kawan-kawan sekola. Tapi tak semua. Kawan-kawan yang agak rapat (you know who you are). Dan alhamdulillah persahabatan almost nak ten years still terjalin. Hopefully sampai kita tua kerepot lah terjalin nya. Aminnn.

Asal cerita pasal nie eh? Well sebab baru-baru nie dapat lah jugak buat mini reunion dengan kawan-kawan sekolah. Itu pun sebab ada wedding. Kalau tak, tak ada maknanya dapat berjumpa macam ni. Kiranya ini semua adalah satu kebetulan.

Please excuse the 'kain' yang menghalang panorama kami. Huhuhu.

Tengok nie pun tak semua yang dapat datang. That's why I call it 'mini reunion'. Sampai mak cik sebelah table perli kita orang 'Tak panas ke dik oii amik gambar' dengan sinis sekali. Amboi mak cik, bagi la chance kat kami. Bukan nya selalu dapat jumpa. Ini pun dah macam satu keajaiban tau.

Next entry, in syaa allah akan ku update pasal my bff wedding pulak.


Friday, 15 August 2014

Lirik - Jaga Dia Untukku by Dato Siti Nurhaliza

Assalamualikum semua...

Kali nie nak share lagi OST Rindu Awak 200%

Sanggup saya beli novel dia dulu sebab nak tahu jalan cerita macam mana. Dah habis baca tengok cerita dia pulak. Wah wah wah. Masa cerita KTAR tak ada pulak nak beli novel dia. Mungkin sebab faktor pelakon ataupun sebab suara Dato Siti nie memanggil saya untuk terus beli novel ini. So, bila dah baca nie, pemahaman cerita lagi best la. Tapi secara jujur rasanya drama dia macam lagi details. Sebab selalu apa-apa kan novel akan lebih details berbanding drama. Tapi kali nie lain pulak (korang yg baca novel and nonton cerita nie mesti faham). Jomlah sama-sama kita nyanyi lagi nie. Layan jom versi akustik.


JAGA DIA UNTUKKU

Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringku

Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya
Saatku tiada

Tuhan
Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagi menghitung resah berkepingan
Berderaian

Tuhan
Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa
Ku kepadanya
Saatku tiada

Tuhan
Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan
Berderaian

Tuhan
Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi

Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia