Assalamualaikum dan Hai semua...
Pernah tak korang terfikir cara kita tidur dan pegang bantal pun mempengaruhi personaliti diri kita?? Mungkin kita selalu kaitkan budak-budak je yg ke hulu ke hilir dengan bantal mereka (bantal busuk). Tapi sedarkah kita bahawa orang dewasa pun tidak kurang hebatnya dengan bantal di sisi. Sampaikan sesetengah dari kita memerlukan bantal rumah untuk kita lelap di tempat2 asing. Ada setengah dari kita juga membawa bantal sendiri untuk bercuti.
Adakah korang seorang yg tidur bertemankan bantal atau memerlukan lebih dari dua biji bantal di sisi atau seorang yg tidur tanpa menggunakan bantal langsung? Sebenarnya, rahsia korang dan bantal di sisi semasa tidur mempunyai pelbagai tafsiran tentang sifat dan perwatakan (bukan maksud sama ke?). Jom tengok sifat korang dengan bantal :-
1) Memeluk Bantal
- Mereka yg memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Korang mempunyai pernghargaan yg tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan korang halus dan jiwa sangatlah romantik. Kadang2 ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi. Korang juga sangat perihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
- Tahap confidence korang biasanya sangat low. Dalam kehidupan seharian korang mesti ada pendamping dekat sisi korang. Pendamping selain yg dua tu okeh. Korang juga jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya, mendapatkan pandangan dan nasihat dari orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
- Korang bukan jenis yg ngada2 dan boleh menerima keadaan seadanya. Korang juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
- Korang mempunyai sifat yg kurang baik. Korang seorang yg jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan korang cenderung kepada sifat yg egois. Korang juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita korang dan seorang yg tak suka berusaha lebih.
5) Tidur Tanpa Bantal
- Korang mempunyai high confidence yg sangat tinggi. Kadang2 sifat percaya diri nie akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
So, rasa2nya korang yg mana satu. Bagi saya, kadang-kadang saya di no 1, kadang-kadang no 2. Emmm tak menentu jugak. Sebab kadang-kadang kita tidur bantal nie pun beralih sana sini kan. Sedar je dari tidur, kadang-kadang bantal dah tak ada dekat sisi. Rupanya dah bergolek jatuh bawah katil.
No comments:
Post a Comment