Followers

Saturday, 30 November 2013

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2013

Assalamualaikum...

Berikut antara senarai pemenang Anugerah Skrin 2013 (29.11.2013)


KATEGORI DRAMA
  • Drama Terbaik - Mawar Putih Tanda Perpisahan (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
  • Lakon TV (skrip) Terbaik - Mazlan Manan
  • Pelakon Lelaki Terbaik - Wan Hanafi Su (Hari-hari Terakhir Seorang Seniman)
  • Pelakon Harapan Terbaik - Shasha Al Khred (Kawan)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Hasnol Rahmat (Tunggu Sekejap)
  • Pelakon Wanita Terbaik - Umie Aida (Aku Bukan Malaikat)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Izreen Azminda (Perempuan Itu Ibuku)
  • Pengarah Terbaik - Eirma Fatima (Aku Bukan Malaikat)
  • Videografi Terbaik - Mohd Faizal B. Mohd Ali (Mawar Putih Tanda Perpisahan)
  • Drama Komedi Terbaik - Primeworks Studios (Mentua VS Mentua)
  • Drama Rantaian Terbaik - Surat Dari Langit Biru (Rashbir Media Sdn Bhd)

KATEGORI FILEM
  • Lakon Layar (skrip) Terbaik - Nik Amir Mustapha (KIL)
  • Pelakon Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam (SAM)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Khir Rahman (Rock Oo)
  • Pelakon Wanita Terbaik - Christina Suzanne (KIL)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Miera Liyana (Pecah)
  • Pengarah Terbaik - Nik Amir Mustapha (KIL)

KATEGORI BUKAN DRAMA
  • Bual bicara terbaik - Bella (NTV7) 
  • Dokumenteri / majalah terbaik - Salam Muslim (Astro Oasis)
  • Laporan khas berita terbaik - Buletin Utama : Kanta Kpop (TV3)
  • Rancangan hiburan terbaik - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)
  • Rancangan muzikal terbaik - Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)
  • Rancangan realiti terbaik - Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)

Anugerah Khas Anugerah Skrin 2013 - Drama Saya Sebenarnya Isteri Dia



Sumber KLIK SINI



Tahniah kepada semua pemenang. Pada yang tak menang tu, don't give up, try tahun depan pulak. Peace...!!!


BTW, not bad Nad Zainal jadi pengacara digandingkan dengan FBI and Awal Ashaari. Good job!!!


Friday, 29 November 2013

KENANGAN BELAKANG

Assalamualaikum...

Just wanna share that now i am officially graduate from UiTM. Wah pejam celik dah dua tahun rupanya berhempas pulas untuk mendapatkan segulung ijazah nie. Kalau dulu masa diploma (rindu geng2 diploma) lagilah rasa nak menangis bila dah final semester. Mana tak sedihnya, tiga tahun pusing keliling kampus jumpa orang yg sama. Rutin harian yg sama, pergi kelas sama-sama. Stalker orang yg sama (eh, tiba-tiba) Oh how i miss the old memory (menaip sambil ingat kenangan dekat uitm kampus jengka).

Compared than diploma, degree life are really2 tough. Believe me, once you dah masuk alam degree, kalau you tak pandai nak manage masa, you akan rasa yg 24 hours are not enough. Dengan assignment dapat segedebuk dari lecturer, bukan satu but most of lecturer akan bagi at the same time. Rasa macam dunia nie macam dah terbalik. Dan dan time tu gak la friendship macam badas gila (mostly part5 yg gila). Siap kene pulau dengan member group kowt. Time tu rasa macam sucks sangat. Bukan nak blame my member group, maybe that time saya yg salah dan masalah nyer dorang tak nak bagi tahu apa masalah saya that time. Memang minggu tu rasa lonely gila kowt. Nasib seminggu je. Tapi seminggu tu macam apa entah. Fuhhh memang mencabar keimanan diri lah time tu. Dengan nak kena arrange event lah, trip bagai, nak kene carik sponsored la, itu la, ini la. Memang tak cukup udara la nak buat semua tu. Tapi once korang dah lalui semua nie, korang akan rindu moment masa belajar. Kira nya berbaloi la usaha korang untuk dapatkan segulung ijazah kan. Sekurang-kurangnya, korang dapat melihat senyuman mak ayah korang bangga bila korang berdiri dekat atas pentas and ambil your transcript.

Entry kali nie nak cerita serba sedikit pasal pre-convo la konon nya. Al-maklumlah, sidang kami sidang petang. Jadi memang confirm lah kami tak sempat nak snap2 gambar lepas habis konvo. Jadi saya and my classmate and at the same time my roomate and also my housemate decide utk amik gambar pre-convo during hari amik jubah. So nanti bila abis konvo tu kalau tak sempat amik gambar, tak adalah terkilan sangat sebab dah ada gambar pre nie kan? Hehe.

Jom layan konon gambar ala2 pre-convo nie


So, meet my ex-girlfriends. Kawan sama-sama susah senang bersekang mata siapkan assignment yg bertinkek-tingkek. Kerja yg tak pernah abis. Kawan yg wajib sama-sama sepahkan rumah tiap malam Isnin sebab esok nyer nak kena berniaga dekat depan MyDin. Haha. Rasa nak sumpah2 je sebab penat giler kowt. Kawan yg macam2 idea nak tipu polis biar polis bagi kita orang masuk parking kete kat fac (tapi hari Selasa je la, hari lain kami baik). 


Siapa kata kami sopan? Owh kami sopan luaran sahaja especially bila dekat public. Tapi kalau kami2 je berkumpul, hilang ciri2 perempuan melayu terakhir. Nak cerita ke? Tak payah la. Biar mereka yg ada dalam gambar ini sahaja faham apa ketidak sopanan kami. Hehe. Girl's, don't you remember our nickname dalam rumah? Especially akak yg tudung pink tu. Your nickname was really super2 daebak. 

 

Jangan ingat dengan berkaki ayam je orang tak tahu kau pakai selipar. Haha. Such a messy girls in a group but paling rasional bila group ada masalah. Bab kira duit bagi dia, dia akan selesaikan. Kalau nak bina ayat2 untuk assignment yg super mantap, bagi dekat dia. Brilliant gila otak. DATC gambar terakhir sebelum masing2 bawak haluan hidup masing2. 

Nampak tak jalan tu macam lembab? Penantian nak amik gambar pre-convo sangat, sanggup kami tunggu hujan berhenti. Eh, bukan kita orang je tapi ramai sebenarnya macam kita orang. Betul tak? Abang yg baca tu macam tersengih je. Kakak sebelah tu pon sama kan. Owh, rupanya kita serupa. *nyanyi sikit*



jejai, nad, ida, gha, aimi, yana and eiki, gambar korang ada kat blog aku la. lepas nie bila type my name or 'cakap dengan jari' tgk dekat image confirm ada gambar korang. bangga tak. hahaha..


p/s: tajuk entry nie mmg main letak je sebab selalu problem mesti tak tahu nak letak tajuk apa. jadi kalau rasa ada yg tak puas hati, jangan segan silu, comment je. peace yo!!

Wednesday, 27 November 2013

PEKAN BARU part1

Assalamualaikum...

Hai korang semua. Previously entry, saya ada tulis kemana saya travel. Untuk pengetahuan, saya hanya ber 'travel' berdua bersama kakak saya. Tapi bukan lah travel sangat. Cuma menghadiri majlis perkahwinan kawan kakak je. Dan lokasi nya adalah negara seberang, Indonesia.

Majlis perkahwinan disana dan di negara kita tak adalah banyak berbeza. Majlis nikah dan kenduri kahwin. Tak ada beza kan dengan negara kita. Tapi yang beza nya ialah the way dorang dress, makanan, dan suasana sekitar majlis.

Di sana, dorang tak panggil kenduri kahwin tapi panggil 'PESTA' atau bersanding. Owh ya, masa nikah kita orang tak sampai lagi, during 'pesta' je kita orang ada.

Nie pelamin masa nikah. nikah buat dekat rumah. Masa kita org sampai, majlis da abis da pown. Da selamat da pown. Colorful giler kan. Style orang Minang Indonesia punya.

Yg nie menarik sebab dia punya inai ada color2 gitu. Selalu kalau dekat Malaysia kita jumpa color merah je kan, tapi yg nie siap ada color hijau lagi. Unik...

Nie masa pesta atau orang Malaysia panggil kenduri. Ini lah pengantin wooo. Fewiiitttt. Benda dekat atas kepala pengantin tu berat 1.5kg. Bayangkan macam mana benda tu melekat dekat kepala pengantin sepanjang pesta. Owh berat berat berat.



Nantikan part 2..Entry yg nie pown rasa lama dah tersimpan tapi tak publish..Ok..Salam..

Sunday, 3 November 2013

Lace Cantik dan Murah

Assalamualaikum..

Kali nie saya nak buat review about lace yg murah dan cantik. Banyak pilihan warna dan bentuk for those who really like sewing.

Antara contoh2 lace yg ada :-



sangat colorful

pelbagai pilihan warna dan design boleh di dapati

harga mampu milik (macam nak jual rumah /kereta plak)

mmg puas hati



Siapa2 yg berminat boleh la ke D'Benang Boutique di Shah Alam.

Those who live in Section 7,Shah Alam or nearest come to visit this boutique dekat alamat nie,

No 49B, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

or called (untuk buat tempahan)

03-55103584

atau terjah je facebook D'Benang Boutique KLIK SINI





Friday, 1 November 2013

Travel : Lokasi???

Assalamualaikum

Langit nan biru menemani dikala ku di awanan. Ditemani awan indah yg tidak satu pun boleh digambarkan. Hanya ungkapan mashaallah sahaja meniti di bibir. Betapa kecil nya diri rasa bila diri terbang di udara. Melihat lapisan-lapisan awan teringat lagu Langit Ketujuh.



Kan saya dah kata, langit itu biru dan awan berkelompok yg menjadi teman setia langit di udara.
owh dimanakah saya ingin membawa diri dikala ini??



Keseorangan dalam perut pesawat air asia. Hujung ke hujung saya dengan unknown uncle berbaju merah. Sunyi?? owh tidak sama sekali. Perjalanan yg hanya mengambil masa kurang sejam membuat kan saya rasa hilang bosan dengan pemandangan luar. Melihat langit sahaja hilang semua perasaan bosan. Ok, itu sangat menipu. Oleh sebab flight ke destinasi agak pagi (pukul 10pagi), jadi bertolak dari rumah haruslah pagi macam orang nak pergi kerja. So, dengan perjalanan yg ambil masa tak sampai satu jam, sempat lah melelapkan mata. Rasa lama sebab tunggu kat airport punyalah lama. Sampai pinggang rasa nak tercabut duduk dekat kerusi LCCT lelama. Tapi gagah kan jugak sebab nak travel.

Kemana destinasi saya??

Akan saya ceritakan di entry yang seterusnya.

Sebenarnya saya ada buat video masa kapal terbang nak berlepas. Tapi video tu tak boleh nak upload. Kenapa ea?? Kecewa. Tak apa nanti dah boleh upload, saya letak dalam entry seterusnya. Ok, bye....!!!