Followers

Monday, 7 July 2014

PROMOSI VCO CATALYST RAMADHAN 2014

Assalamualaikum semua..

Kalau tengok tajuk mesti ada yang senyum-senyum sampai tak tengok kiri kanan orang sebelah kan. Untuk pengetahuan semua, saya dengan murah hati nya nak buat promosi VCO CATALYST untuk produk VCO SOFT GELS sahaja sempena bulan Ramadhan ini.



HARGA PROMOSI

2 kotak = RM 80.00
3 kotak = RM 120.00
4 kotak = RM 160.00
5 kotak = RM 200.00
>> FREE POSTAGE <<

Tarikh PROMO
>> 7.7.2014 - 19.7.2014 <<

SILA TAIP

 'saya nak harga promosi vco 2014 (nyatakan bilangan) kotak' 

dan terus whatsapp/DM 

018-3215684 

dan tunggu  reply dari kami

STRICTLY NO CALL PLEASE

Details akan diberi sejurus anda whatsapp

TIADA COD


Saturday, 5 July 2014

Laman Seni 7 Shah Alam

Assalamualaikum dan Hai semua..

Alhamdullilah hampir seminggu sudah kita berpuasa. Macam mana dengan puasa korang? Ada rongak-rongak tak? Kalau yg pompuan faham la kita. Allah bagi cuti kan. Tapi yg laki ni, jangan gatal-gatal nak ponteng. Come on sebulan je kita puasa. Tak kan la dalam banyak-banyak bulan kita dah banyak melantak, bulan nie kita xboleh tahan kan. Bagi chance la dekat perut nie berehat.

Okeh balik pada tajuk dekat atas. Siapa dah pergi laman seni 7 nie angkat tangan. Yeah, alhamdullilah sampai jugak la dekat sana. Walaupun hari-hari selalu berjalan dekat Seksyen 7 nie, tiba-tiba tengok dekat ig orang post gambar-gambar 3D macam lawa je. Pelik gak la mana dorang amik gambar-gambar tu. Stalker punya pasal rupanya dekat Seksyen 7 belakang butik Fareeda tu. Bukan belakang Jakel tau korang, tapi belakang butik Fareeda. Nampak lorong tu macam kena tutup (to make sure kereta xboleh park), ha tu la lorong nya.

Tapi kalau xsilap saya, Seksyen 2 pun ada buat macam nie jugak. Betul-betul lorong yg belakang 7E. Tapi saya xpernah lagi la amik gambar kat situ. Maybe one day. Insyaallah.

Dekat bawah nie gambar masa first day puasa hari tu. Tak plan pun nak pergi situ. Tu yg muka comot momot and selipar jamban sangat. Haha. Maaf. Jom la layan gambar-gambar dulu.


Bayangkan kita tengah buat hajat and kita tak perasan pun selak pintu tu tak berfungsi, tiba-tiba ada orang sergah. Apa korang nak buat?


Bersama lagenda Bujang Lapuk.


Masing-masing tengah tahan matahari. Panas oiii.


Silap la pilih background merah. Dah la cardigan pun warna merah. 


Menahan panas matahari. Time nie pulak matahari nak muncul. Betul-betul depan muka pulak tu. Aishh.


Ini baru betul. Berdiri belakang background biru and si Fatin dekat backgroun biru.


Ini gambar paling favourite. Dah macam band pulak. Kalah THE BAND tau.



Konon posing nak ala-ala model kan. Konon lah. And Wahida yg tak ada perasaan kalau bergambar


Kalau korang nak tahu, belakang tu diperbuar daripada sudu dan garpu plastik tau. Kreatif kan dorang yg create nie.


Rupa jantung korang kalau korang seorang perokok. Luar nampak je sihat, dalam tu kita tak nampak.


Ala-ala Alice in Wonderlands. Sebelum nak amik gambar dekat sini, ada dua orang budak lelaki (lebih kurang 6 and 7 tahun) lama betul lepak dekat buaian nie. Kita orang bagi sikit pandangan maut pun macam tak nak blah. Last-last minta permission dekat budak tu "Dik, boleh tak akak nak ambil gambar dekat sini jap?" 


Sepatutnya kena pijak batu tu. Baru nampak ilusi kita tengah baring sebelah perempuan hot tu. Tapi bila dah amik baru perasaan. Nak amik lagi sekali orang belakang dah tunggu turn. Sebelum dorang jeling-jeling tak puas hati, baik blah dulu.

Thursday, 3 July 2014

Lirik - Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Assalamualaikum..Hai...

Kali nie nak share lirik Terbang Tunduk pulak dari kokping kita. Siapa lagi kalau bukan Fynn Jamal.

Okeh,first time dengar lagu nie masa tgk HotTV kalau xsilap. Tapi time tu dalam hati cakap lagu dalam cerita KTAR lagi best. Sebab tu post lirik tu dulu. Lagi pun masa tgk dekat tv lagu tu macam xfull and akustik x clear and muzik dia x sesedap dalam radio. Terima kasih hot fm sebab main kan lagu nie time tengah sorang2 drive. Memang layan sangat2. Haha.

Nah, lirik Terbang Tunduk





***

TERBANG TUNDUK



Bertahanlah wahai raksa
Jangan kau terhenti
Berpautlah wahai nyawa
Ini bukan mimpi



Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi



Jauhnya kau terbang
Siapa sangka
Getir yang menghalang
Tak besar mana



Payah payah
Semalam
Moga mudah
Selamaaaa



Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang
Dendam dan sayu


Uoh


Tuhan jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendapang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati(3x)



Tuhan jangan kau izin aku lupa 
Jangan kau biarkan aku mendapang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati(3x)



Tuhan jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendapang dada
Pasakkan hatiku pada kaki 
Paksakan ku tunduk sehingga mati(3x)



***