Followers

Saturday, 15 February 2014

Sihat Dengan Zumba

Assalamualaikum...Hai semua...

Entry kali nie nak share sikit pasal zumba. Saya tahu setengah dari korang mungkin lebih familiar dengan aerobik tapi tidak dengan zumba. Untuk pengetahuan semua, kedua-dua senaman nie sama sebab dia tertumpu pada Senaman Kardio. Both melibatkan pergerakan seluruh badan dan penggunaan oksigen dalam badan. Dua2 nie merupakan senaman jangka panjang bermula dengan impak rendah, sederhana sampai ke tahap maksima then back to impak rendah balik.

Tapi, apa yg membezakan aerobik ialah banyak tumpukan pada gerakan high intensity kepada bahagian tubuh tertentu macam dada, perut, bahagian bawah perut, punggung, lengan dan part body yg lain. Sesuai for those awek2 yg ingin kurangkan lemak dan mengekalkan kestabilan bahagian tubuh yg dinyatakan tadi. Ehemm, aerobik nie tak lah se 'best' macam zumba, tapi impaknya dekat badan kita mmg tip top.

Zumba pulak lebih santai dan mudah diikuti terutama golongan yg baru berjinak dengan dunia workout nie. Sesuai kepada aweks (pakwe gak) yg ingin membentuk semula tubuh badan di samping membina otot utk penurunan berat yg sihat dan kekal fit. Selain itu, pergerakan santai dan fun juga boleh mengurangkan rasa stress korang bila dah seharian penat bekerja/belajar dan ini boleh memberi kesan positif kepada minda dan psikologi aweks/pakwe semua.

Secara jujurnya saya pilih ZUMBA sebab bg saya dia more fun dan lebih kepada dancing sebenarnya. Lagi2 dengan lagu2 dari negara Latin yg agak rancak dan sangat fantastic. Apa yg boleh saya cakap, Zumba nie more utk pinggang kita. Senang cakap dia banyak main dekat bahagian pinggang dan kebawah. No wonder la org latin pinggang semua macam kerengga.

For those who are really busy and don't have many time can do this type of exercise at home. Apa yg korang perlu adalah ruang yg secukupnya sahaja. Tak payah membazir untuk ke kelas. Owh, bukan saya tak menggalakkan korang beramai-ramai mengikuti kelas nie, tapi ini utk mereka yg terlalu sibuk dan tak ada masa nak pergi. Kalau ada lebih duit tu, pergilah join kelas2 mcm tu. Lagi ramai, lagi meriah.

Ini antara video yg saya selalu buat dekat rumah. Mmg peluh jantan jugak lah yg keluar. Lenjun baju. Bagi mereka yg nak kurangkan berat badan dengan exercise nie, saya cadangkan anda pakai pakaian tebal (sweater) then letaklah lotion2 panas dekat badan atau tempat yg korang nak kuragkan lemak tu (saya pakai mustajab). Pastu ber'zumba'lah. Hasilnya mmg tak kan mengecewakan. Walaupun tepaksa menahan kepanasan lotion mustajab. Panas woiii!!! Hahaha.

Jogging or Zumba?? I will choose zumba. Sebab dia more fun and jimat kos. Tak payah nak keluar rumah. Lagi2 dengan cuaca tak menentu sekarang nie. Kadang2 cuaca dan tempat yg jadi alasan utk kita asyik tangguhkan senaman. Betul tak??

So, cara penyelesaian nyer jom tgk video ehsan dari youtube nie :

Ini first video yg buat saya suka dengan Zumba. Do follow dia punya facebook. Banyak tips and exercise yg dia share kan. Sejujurnya dia sangat fun and cool. Owh bab2 gelak nak pusing tu mmg I fail.

Yg nie pulak difficulty level dia mmg maksima. Separuh video dah pancit. Saya la tu, low stamina. Buat pown asyik skip je. Maklumlah tak ada org nak pantau, tu yg skip. Kagum dengan akak badan besar dekat depan tu.

Nie pown cool gak. Suka sebab lagu dia yg first tu bila dengar macam 'masyuk' je. Ala2 arab punya lagu. Siapa yg follow this video for the first time, mmg korang aku muntah. Satu sbb dia hampir 1jam, dua sbb toksin dalam badan korang. Which is good sbb exercise nie dah buang sisa2 toksin dalam badan korang yg tak berguna tu. Video nie banyak gelak. Lepas korang buat nie confirm badan macam JLO.

Kesimpulan, kalau korang first time nak cuba, buat mana yg mampu dulu. Kalau lama sangat, pastikan korang rest dulu. Jangan paksa badan kita buat benda yg tak selalu buat. Terkejut nnt badan tu. Apa2 pown yg penting mesti konsisten, insyaallah nampak lah hasilnya nnt. Yg penting, exercise untuk sihat, jangan fokus sangat untuk kurus. Biar lambat, tapi hasilnya tip top. Air jangan lupa. Paling sikit 2 liter sehari. Tu paling sikit tau. Ialah nak gantikan peluh yg kita dah keluarkan tu. Lagi pown plain water kan bagus untuk badan. Good Luck!!



p/s: rasa malu pulak nak kongsi tips2 kesihatan kat korang semua.

4 comments:

  1. dah try..mmg best..peluh satu badan..

    ReplyDelete
  2. good info..boleh practice nie..

    ReplyDelete
  3. instractor dia semangat giler..suka kita tgk..

    ReplyDelete
  4. dah try..mmg semput la first time buat..lama2 okeh..

    ReplyDelete