Assalamalaikum...
Nampak nya saya akan update blog saya nie waktu tengah malam je. Dah rasa diri ini macam sang burung hantu. Ialah burung hantu kan berjaga dikala waktu malam. Saya dengan gigih nya menaip entry ini ditemani bunyi cengkerik yang memanggil sang pujangga dan angin kipas yang teramat sejuk ketika ini. Errr ayat macam berpuisi pulak. Okeh, noktah.
Sebenarnya, tujuan asal tulis entry nie sebab saya dah berjaya mendaftarkan blog baru saya nie dengan Nuffnang. Yeah! Saya masih login guna ID blog lama saya tu. Kiranya ini macam penambahan blog la. Walaupun blog 'cerita sebalik cerita' saya sudah delete, tapi bukan sebagai permenant. Saya masih simpan, tetapi status nya MIA atau missing in action. Dah macam status askar yg hilang waktu bertugas je. Walaupun earning yang saya dapat tak adalah besar mana, tapi saya masih setia dengan Nuffnang. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab saya masih percaya kan Nuffnang kot.
Terima kasih surayajafar sebab ada buat tips dan cara memasang iklan Nuffnang dalam blog <KLIK SINI> . Memang bagus tips yang awak bagi. Saya suka. Kalau nak tips-tips lain boleh la singgah dekat blog surayajafar. Memang banyak tips berguna. Dulu masa nak delete blog pon saya ada amik tutorial dekat beberapa blog yang saya dah review. Terima kasih lagi sekali. Kamsamida.
Dulu masa buat blog secara jujurnya saya ingin kan duit. Ramai orang kata dengan berblogging nie kita boleh jana pendapatan. Indah khabar dari rupa. Itulah yang saya hadapi sepanjang saya menulis blog. Mungkin masa tu saya rasa apa yang saya tulis orang akan baca. Tapi saya salah sebab saya tak rajin dalam bab 'marketing'. 'Marketing' yang saya maksudkan disini ialah promosi. Mungkin kerana kekangan masa menyebabkan saya 'malas' atau 'tiada masa' untuk mempromosikan blog saya dulu. Dan saya juga rasa yang blog saya seperti keanak-anakan dan tidak banyak input yang boleh diberi kepada pembaca semua. Ataupun saya sudah tiada idea mahupun cerita untuk disajikan kepada pembaca saya.
Dengan tercipta nya 'Cakap Dengan Jari' ni, saya harap apa yang saya cuba sampaikan dapat dikongsi pada semua. Harap nya semangat berblog nie bukan mula-mula sahaja, hopefully sampai bila-bila. Ok, bye...
p/s: dah macam tulis karangan bahasa melayu pulak. maaf kalau apa yang saya tulis nie buang masa anda membaca nya. assalamualaikum.. ^^
No comments:
Post a Comment