Mesti anda pernah dengar apa itu minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai virgin coconut oil (VCO). Kali ini saya nak kongsikan sedikit mengenai minyak kelapa dara.
![]() |
Minyak Kelapa Dara Softgel |
Apakah Itu MINYAK KELAPA DARA
Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakkan kajian dilakukan keatas penduduk di kepulauan Pasifik, dimana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian mereka. Pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
JADI APAKAH SEBENARNYA MINYAK KELAPA DARA?
Minyak kelapa dara adalah minyak yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa dara biasa dimana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.
Kebaikan & Khasiat
Manfaat Minyak Kelapa Dara terhadap kesihatan manusia:
KECANTIKAN LUARAN
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Menghasilkan tenaga segera.
- Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
- Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
- Melembutkan dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet.
KESIHATAN DALAMAN
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino.
- Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran gllukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
- Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem-sistem enzim dan tubuh.
- Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi dari serangan osteoprosis.
- Mencegah risiko sakit jantung.
- Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekana darah tinggi.
MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH
- Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colonmdan kanser rahim.
- Berfungsi sebagai antioksida dan mengurangkan radan kronis.
- Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
- Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
- Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
- Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.
MEMBUNUH VIRUS, BAKTERIA & KULAT
- Membunuh virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepetitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan peneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain) serta membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit.
HUBUNGAN SUAMI ISTERI
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
- Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
- Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.
Kesan segera pengambilan Minyak Kelapa Dara pada tubuh
- Melegakan pernafasan - mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil - menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.
- Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh - minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan-badan, anda akan terasa lebih bertenaga.
- Di dalam usus kecil dan besar ia memusnahkan organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Oleh itu penghadaman mencapai tahap maksimum.
- Mengurangkan keadaan mudah lapar - bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu, berat badan terkawal dimana tidak perlu banyak dan kerap.
- Mengurangkan kandungan lemak badan - berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.
- Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi - mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubung dengan jantung.
- Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru - mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.
![]() |
Minyak Kelapa Dara Cecair (VCO Liquid) |
*Cara Penggunaan:
- Minyak kelapa dara berbentuk Softgel - 1 biji kapsul 2 kali sehari. 60 biji per botol.
- Minyak kelapa dara berbentuk Cecair - 1 sudu besar 2 kali sehari. 150ml per botol.
**Ada banyak lagi produk dari catalyst nie, nanti saya buat review lagi
Berminat/sebarang pertanyaan boleh whatsapp 012-9234515
atau
email inspiredbyfea@yahoo.com.my
atau
FACEBOOK FEA Beads
No comments:
Post a Comment